My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Friday, January 7, 2011

Aku, aku & Kau, kau!

Hohoho.... Pelik sikit tajuk entry malam ni. Bermaksud..... aku buat hal aku & kau buat hal kau.... Prinsip aku satu je. Aku tak suke nak jaga tepi kain orang. Aku jugak takkan 'bersusah payah' nak ambik tahu pasal orang lain melainkan diri aku sendiri. 

Eventho bila aku nak 'komen' pasal orang pun, aku takkan publish kat blog. Berkias in general tu mungkin ada. Tapi nak specific tu memang takkan ada. Sebabnya, terpulanglah pada diri sendiri untuk menilai diri masing-masing. Semua dah besar panjang, tahu mana baik mana buruk.

Serius, banyak isu 'berbangkit' sekarang. & sekali lagi aku mmg takkan cakap secara specific. Bagi yang tahu, tahulah.. simpan untuk diri sendiri saje. Bagi yang tak tahu, pegi cari & fikir apa yang nak dibuat selepas tu.

Sebab aku taknak ambik tahu pasal orang lain...?

Baik aku jaga diri sendiri, sebabnya dari aku duk ambik tahu, komen mengomen tentang orang lain... tup-tup terkena atas batang hidung yang tak mancung ni, tak ke patah cik kiah oi.... So, fikirlah sendiri ye. 

Aku tak menyebelahi mana-mana pihak.. & takkan jugak menyalahkan mana-mana pihak. Aku hanya berdiri atas pagar.. menjadi pemerhati bebas tanpa suara. Jika aku ingin bersuara, aku akan bermonolog sendiri or mengeluarkan sebarang ulasan secara berlapik tanpa menyinggung mana-mana pihak yang benar or salah... (alamak.. korang faham ke ayat keling aku ni! hahaha!)

Apa-apa pun yg benar tetap benar, yang salah tetap salah. Yang salah boleh diperbaiki & yang benar boleh terus berusaha agar dikekalkan keadaan tu. Pandangan masing-masing berbeza. Otak & fikiran kita tak sama. Yang penting, berfikir secara RASIONAL, bukan MEMBUTA TULI. Harap maaf andai ada kata-kata aku menyinggung perasaan u olss yang sudi singgah di teratar buruk aku ni...

3 comments:

  1. hormat org lain. tu jer. senang. haha

    salam pkenalan :)

    ReplyDelete
  2. memang payah kalau dah becampur dgn byk org nih.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails