Assalamualaikum & morning....
Ish.. pagi-pagi selak Bharian Online, terpandang berita ni... Haloooo... Dah tua kot engkau! 53 tahun?????! Nak bahan budak 6 tahun?? Astaghfirullahaz'azim.... Dunia sekarang semakin kejam & jijik oke. Wah... kasarnye bahasa saya.
Tapi memang betol pon. Semakin banyak mende tak logik untuk difikir dek akal. Di mana semua sifat kemanusiaan dalam diri? Hurm... korang bacalah sendiri ye.. Mintak dijauhkan dari terjadi kepada kaum kerabat kita... Amin
Budak trauma dicabul lelaki gila seks
2011/01/09
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun kini trauma selepas menjadi mangsa lelaki gila seks berusia 53 tahun yang bertindak mencabulnya sejak dua tahun lalu ketika berada di sebuah tadika di Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor.
Bagaimanapun, perbuatan terkutuk suspek digelar mangsa ‘Pakcik Jan’ yang juga pembantu tadika berkenaan hanya didedahkan mangsa kepada bapanya Selasa lalu.
Difahamkan, suspek yang juga bekas ketua kampung itu, menjadi pembantu tadika milik isterinya yang dibuka sejak 10 tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy, ketika mengesahkan perkara itu berkata, bapa mangsa, membuat laporan polis untuk tindakan segera.
“Berdasarkan keterangan bapa mangsa, anaknya mendakwa sering dicabul dengan memegang dan mencium kemaluannya” katanya.
ei, dh bnyk org giler....
ReplyDeleteNi sume kesan byk sgt pendedahan bahan lucah kat dunia skrg ni..
ReplyDeleteOrang mcm ni kena ajar dengan orang Kg tu bahan balik tarik kemaluan orang tu ke,letak kerengga ke,bg kejam sikit untuk orang kejam... Bukan nak wat jahat, tapi nak bg ingt kat orang len, jahat di balas jahat...baru ada akai...
ReplyDeleteNak aje aku wrestling kan orang tua kutuk tak sedar diri tuuu..huhh!!!
ReplyDeletedunia2... astaghfirullahh
ReplyDelete