My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Saturday, January 8, 2011

Elok ke kita pada pandangan mata orang?

Sebagai seorang muslim, kita dah sedia maklum kita mempunyai adab-adab yang harus dituruti. Secara tak langsung akan menunjukkan jati diri kita. Adab sesama saudara Islam malah tidak lupa juga adab bila bersama rakan-rakan berlainan agama. Bila kita bawa adab ni bersama, ke mana pun kita pergi InsyaAllah orang akan respect kita.

Makan, minum, duduk, tidur even masuk tandas sekali pun mesti beradab. Betul tak? Dalam amalan seharian, adab tegur menegur, adab nasihat-menasihati & seterusnya.. mesti kene pada tempatnya. Jangan sampai orang pandang kita terlalu rendah or sebelah mata je disebabkan biadapnya attitude kita terhadap orang. 

Manusia mempunyai fikiran yang berbeza. Ada yang tak kisah, ada yang memang kisah & ada jugak yang malas nak ambik kisah. Bila ada yang tak kisah, jangan pula itu dijadikan alasan untuk kita terus tidak berubah. Bukan mudah nak 'menakluki' hati orang sekeliling. Ada yang suka, ada yang tak. Itu lumrah dunia.

Tapi apa pun, buatlah yang terbaik untuk diri sendiri agar disenangi oleh orang sekeliling anda. Bila kita disenangi, mudah untuk kita bergaul & menjalinkan silaturrahim dengan orang lain. Hidup kita pun takkan sunyi dengan kehadiran orang yang sentiasa menyinari hidup kita. Mudah-mudahan... InsyaAllah....

10 comments:

  1. manusia mmg ade pndgn berbeza...wlaupun kadang2 kt sntiasa berusaha tok jd diri sndiri...pndgan org juga perlu diutamakn..

    ReplyDelete
  2. separuh setuju! hehe..

    ok tu jadi diri sendiri..tp kadang2, ada yg xdpat terima..perlu sedia hadapi perubahan la rasanya..

    ReplyDelete
  3. rambut sama itam..
    ati lain2 yedak?

    tapi zaman skang rambut dah kaler2..huu

    ReplyDelete
  4. ingat agama, beradab la kita :D

    ReplyDelete
  5. jemput join segmen. mudah je.

    http://shaofie.blogspot.com/2011/01/segmen-blog-aku-bukan-privasi-lagi-jom.html

    ReplyDelete
  6. Ya mudah-mudahan. Terima kasih atas peringatan.

    ReplyDelete
  7. yeaa...sentiasa berhati2 dalm setiap tindakan...
    berhati2 akan membantu membatasi setiap tindakan...=P

    ReplyDelete
  8. dah kalau xtegur2 xmakan
    so tu yg ade adat sendir menyindir izah hehe..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails