My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Saturday, April 24, 2010

Kisah Semalam

Semalam...
ku singkap lembut tabir rindu
dengan harapan ada perkhabaran di angin lalu
namun apa yang ada hanyalah suasana sepi dan pilu

Semalam...
ku rempuh tembok gah yang membatu

takku sangka apa yang terhias di depan mataku
membuatku terpaku lalu manik putih gugur satu persatu

Semalam...
ku pujuk hati yang sayu
ku singkap kenangan kau dan aku
yang telah lama dibawa arus waktu
terlalu rindu aku akan semua itu

Semalam...
termanggu lama ku di situ
terus memikirkan apakah yang sedang berlaku
hancurnya hati ini hanya Dia saja yang tahu

Semalam...
terus menerus berbalah di benakku
di manakah perhujungnya liku-liku
masa terlalu banyak mengujiku

Semalam...
rasanya tidak sanggup lagi
berdepan dengan mimpi & fantasi
rasanya ingin melangkah jauh dari sini
agar hatiku tak kecewa lagi
andai tiada kejujuran di hati
usahlah dipersendakan perasaanku ini
kau kan tetap tersemat di sanubari
hingga ke akhir hayatku nanti


Nukilan,

22/7/2009

Footnote: Pengorbanan adalah satu penghargaan yang tak ternilai harganya. Kejujuran adalah satu ungkapan yang lahir dari hati yang ikhlas dan suci. Kesetiaan adalah satu lambang kasih sayang.

6 comments:

  1. salam izah.. huhu.. bunyinyer macam orang frust jer.. kalau betul, banyakkan bersabar yer.. pasti ada sebabnya kenapa hubungan tu hanya setakat ni jer.. terkadang, pengganti yang datang seribu kali lebih baiknyer.. bersabar la yer.. jangan terlalu diturutkan kata hati..

    ReplyDelete
  2. Uiyoo!~ Tatau lak anda ber-nukilan?

    :: The time is yet to come. Sacrifice is more than everything. Love, Dream and Happiness are the most precious in LIFE. ::

    ReplyDelete
  3. betol tu...btol ckp daniella tu....saya pon pnah lalu...take it easy yer....

    ReplyDelete
  4. salam izah....
    dalam perhubungan ni pasti ada pahit manisnye
    mayb cik mar pun dlm situasi izah skrg ni
    sedih??mmg sedih dan terlalu sedih
    tp family dan kawan2 tmpt cik mar lepaskn rindu
    ubati dgn solat dan family
    take it easy~~

    ReplyDelete
  5. Wah, memang menyentuh hati dan perasaan..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails