My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Wednesday, July 21, 2010

KENANGAN RAMADHAN BERSAMA BEN ASHAARI: Tuhan lebih sayangkan dia...



Sempena dengan segmen baru yang diperkenalkan oleh Ben Ashaari ni, aku pon ade memori yang nak di share pada korang semua...


AL-FATIHAH...


Tanggal 13 September 2008 Ramadhan bersamaan 13 Ramadhan, datuk yg amat aku sayangi telah pergi mengadap Illahi.. aku xsgka sgt cepat btol masa berlalu..

Last aku jupe datuk aku 2 weeks afte mid term break. Mmg dia sakit b4 dis, tp da kuar hospital dah smggu lebih. Genap 38 ari arwah sakit. Aku balik dr kl around kul10 n sampai kt Felda Bukit Bading kul 3.15. Aku terus disamping arwah bile dah sampai.. Sayu betul aku tgk arwah time tu. Dah xmaya lagi. Tp time tu dia masih dpt cam aku..


Aku pegang tangan arwah n dia genggam erat tangan aku balik.. Hanya Tuhan yg tahu betapa sayunya hati aku time tu. Air mata aku mula mengalir di pipi.. Aku xdpt nk tahan sebak. Arwah seolah2 nak bermanja dgn anak2 n cucu2nya.. Aku sempat meluangkn masa bersama arwah 2jam di saat2 penghujung hidup dia. Tp aku tak expect yang kepulangan kitorang arini utk mengiringi pemergian dia. Sbb time tu dia stil ok, masih nk bermanja.. Aku belai tubuh arwah, aku suapkan dia air, aku urut2 lenguh bdnnya.. Bila kalimah Allah dibisikkan ke telingannya.. dia masih sedar n mendengar kalimah itu.. Aku xhenti2 berdoa agak Tuhan pjgkn lg umur dia..

Lebih kurang pukul 5.45, arwah ckp dia rase lutut dia sakit. So, aku tlg picitkan.. Arwah lg mengaduh kesakitan. Kitorg pk mgkin arwah ingin bermanja utk dibelai. Tp tetiba, arwah sesak nafas.. Mungkin time itulah sakaratulmaut.. Tuhan telah dtg menjemput arwah utk kembali ke sisiNya.. Kitorang seluruh keluarga duduk disekeliling arwah. Hanya selawat n doa yg meniti di bibir masing2.. Aku lak dah teresak2 menangis.

Aku tau time tu arwah dah pergi, tiada lagi hembusan nafas n dengupan jantung yang aku lihat. Apa lg, air mata ni terus gugur. Terdengar tangisan anak2, cucu2 dan cicit2 arwah yg berada si samping arwah saat2 terakhir.. Arwah menghembuskan nafas terakhir di samping kami semua.

Aku melihat wajah abahku mengitu sugul.. redha dgn pemergian ayah tercinta. Pandangannya dilemparkan jauh ke luar. Abah ade ckp pd aku, bykkan mengaji.. jgn sedih2. Dah lumrah org hidup akan mati gk. Abah aku kuat betul tp adik aku ade ckp, dia ade tgk abah nangis.. :( Kami redha dengan pemergian datuk. Wajah arwah begitu tenang.

Selepas itu, kami sibuk mbuat persiapan utk memandikan dan mengafankan jenazah. Seluruh pihak keluarga bersetuju utk mbawa pulang arwah ke besut utk dikebumikan di sana. Aku sempat melihat arwah dimandikan dan dikafankan. Arwah disembahyangkn di rumah ibu saudaraku di Felda Bukit Bading, Ajil diimamkn oleh abahku dan disembahyangkan sekali lagi di masjid Felda Bukit Bading. Jenazah dibawa pulang ke besut lebih kurang jam 10 mlm menaiki van jenazah.

Jenazah sekali lagi disembahyang di Masjid Kg Tembila.. berdekatan dgn rumah aku. Lebih kurang jam 12tgh mlm, jenazah dikebumikan berdekatan arwah nenekku, iaitu isteri arwah di tanah perkuburan yg terletak di hadapan rumah aku. Selepas bacaan talkin n doa, aku sempat menyiram air ke atas pusara arwah.. Semoga arwah datuk disemadikan bersama org2 mukmin yg beriman dan rohnya dicucuri rahmat.. AMIN

p/s for all my beloved frens, thnx 4 ur condolence.. ~THE END~

6 comments:

Related Posts with Thumbnails