My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Friday, July 30, 2010

Sini rogol, sana cabul!

Haish... macam musim mengawan pun ada. Macam-macam ragam. Dengar berita pagi tadi pasal driver van sekolah mencabul 3 orang budak sekolah di area Petaling Jaya. Ngeri.. meremang bulu roma, mintak dijauhkan.. nauzubillah.

Semalam pon my mum ade cerita pasal sorang budak sekolah menengah kat daerah Besut. Kes yang hampir serupa. Cumanya, budak perempuan ni tak sempat dirogol. Sekarang masih koma di hospital.

Budak perempuan ni diculik ketika sedang menunggu bus untuk pulang ke rumah lepas kelas tambahan petang. Diheret ke dalam sebuah kereta, tapi malangnya kereta tu terbabas. Mungkin budak perempuan tu meronta-ronta kot, tu yang kereta tu terbabas. Tapi polis sempat tangkap orang lelaki tu.

Cuma, perempuan tu yang jadi mangsa.. masih koma setelah akibat insiden tu. Sedih kan.... bayangkan ape perasaan parents budak perempuan tu. Kalaulah perkara camtu terjadi kat adik-adik perempuan lelaki tu???!!!! Ape yang dia rasa... tak berhati perut langsung.

Memang mende ni xpenah pon reda. Cuma bila ada kes, baru digembar-gemburkan oleh semaua pihak. Yang kita tak tahu cerita, masih banyak di luar sana....

Boleh release tension tak?

Hoho..... menari? Cam best je kan aktiviti sihat tu. Disamping dapat keluarkah peluh, boleh slim kan badan jugak kan.. tengok... rampingkan pinggang ku! hohoho!

Aishh... aku bukan jenis yang pandai menari. Stail kongkang boleh la kot. Keras semacam je. ahahah! Kalau menari freestyle boleh la kot. Senang sikit kan, takde step. Tengok orang menari, rasa kagum semacam je. Dulu maca buat kardiodance tu pun, merabang-rabang jadinya. Malu betul. Mujur buat dalam rumah dengan kengkawan. hahaha!

Menari boleh release tension tak? Mungkin jugak kan... hilang stress. Tapi menari ni bukan terkinja-kinja ok. I mean menari dengan gaya yang betul. hehehe! Bukan menari lenggok-lenggok bun-bun kat disco or pub. hahahaha! opsssss...

Bile dah berpeluh, badan pun jadi cergas sikit. So, memang release la tension. Enjoy je rase kan.

p/s: sape nak ajar aku menari... hahaha! Bukan dondang sayang ok. tapi nak menari rap! hahaha!

Prasangka baik vs Prasangka buruk

Memang perasaan ni selalu ade dalam diri kita. Tak kiralah baik or buruk. Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui segalanya.

Setiap manusia mempunyai perasaan. Seboleh-bolehnya, berprasangka baiklah kepada semua orang. Tapi apakah yang bakal terjadi pada diri sendiri apabila.... setelah berprasangka baik sentiasa, tetapi akhirnya perkara buruk yang terjadi. Adakah kita mampu membendung perasaan yang bersarang tu? Susah kan.... sebabnya ia tak seperti yang kita harapkan. Hancurlah hati dan perasaan.

Begitu juga sebaliknya. Kalau kita berprasangka buruk kepada sesuatu yang baik, kita akan rugi kemudian harinya. Menyesal pun mungkin. So, seharusnya kita perlu bersedia untuk segala kemungkinan yang terjadi.

Pesanan mak saya...

Assalamualaikum & morning...

Huh.. semalam ade perbualan terhangat aku dengan mak aku. Panas cuping telinga kot duk bergayut. adehh! Banyak topik yang kitorang bualkan. adehh!

Tetibe, masa nak tidur.. Dapat satu message. Ingat sape nak SMS malam-malam kan...

Umi: Tengok semanis kurma TV119
Aku: Pasal apa?
Umi: Prasangke buruk.

Erk..... ape maksud mak aku eh. Tetibe teringat perbualan aku dengan mak aku b4 tu. Mungkin la kot.. Tapi aku tak tengok kot, sebab dah tak larat nak bangun bukak mata. InsyaAllah aku carilah kot episod Semanis Kurma tu... huhuhu!

Thursday, July 29, 2010

Oh ape dah jadi dengan aku?

Alahai.. sorang la korang ye. Malas sungguh nak BW today. Tak tahu lah kene sampuk dek ape. Or terlebeh makan pisang goreng kot.. adehh!

Esok pulak baru start beroperasi... wuuuuuu

p/s: nukilan pendek dariku.. adehh!

Pernah tak korang rasa camni?

Sedang duk asyik gelak-gelak, tetibe korang stop then mood down. Kalau ade orang perasan perubahan drastik korang tu, mesti orang pelik kan. adehh! Terus angkat kaki then blah dari sekelompok kawan-kawan yang sedang bergelak ketawa.

Bawak diri ke toilet, tapi bukan untuk memenuhi hajat terpendam. Tak tahu jugak ape yang dibuatnya dalam toilet tu. hohoho! Takkan mencari ketenangan sampai ke toilet kan. Better pegi surau solat, duk atas tikar sejadah lame-lame. Tapi jangan pulak duduk tanpa berbuat ape. Pandai-pandailah nak buat ape. Dah besar panjang kan, takkan mak nak ajar lagi... erkkkkk!

Perubahan emosi yang tetibe ni mungkin tak ramai kot orang alami. Tapi pada sesapa yang penah rasa, dia tahulah betapa tak indahnya perasaan sebegini.. kan? hehehe!


Sikit-sikit nak berkira!

Haish... camnilah manusia sekarang. Setakat RM100 seumur hidup pun berkira. Dah la nak tunggu dia belanja kita tu susah. Memang tak la kan. Sekali mintak belanja untuk 4 orang RM100 pun tak le ke?? haishhh! Dah la dapat gaji 2 bulan sedebuk. Tu pun nak berkira dengan kawan-kawan.

Hahahaha.. saje aku menyakat sorang ex opismate aku ni. Dia last kat sini arini, so kitorang saje la acah-acah mintak dia belanja kitorang karok! hahaha!

Dia siap cakap... 'Tak leh..tak leh.. aku lari bajet'

Waaaaaaaa.............. sampai ati kawan cakap camtu kan. ahaksss!

p/s: Kepada encik 'A', beringat-ringat kawan kawan yang banyak membantu di masa hang tak mengenali sesiapa ye. Kami menerima hang dengan tangan terbuka, tanpa rasa prejudis, siap sokong hang pergi main boling.. *kan dah ala-ala mengungkit! hahahahaha!

Tak payah la susah payah

Assalamualaikum & morning..

Last week aku plan nak balik kampung, mau ambik laptop yang tertinggal aritu. Pasrah gile kot aku dah seminggu lebih hidup tanpa laptop menemani malam-malam ku.. ahaks!

Tup..tup.. my mum called me last nite. Dia cakap my bro ade kursus kat Terengganu next week. So, nanti my mum kirimkan aje laptop tu pada my bro. fuhhhh!

Lega sikit dengar camtu. Tak yah aku mengeluarkan duit & tenaga untuk balik ke puncak Besut tu. adehh! So, lepas ni tunggu jela laptop tu melayang balik KL! hahahaha!

p/s: lumpuh kaki xde nyawa sebelah tu... om my soul! hahaha!

Wednesday, July 28, 2010

Jangan terlalu alpa & leka

Lumrah manusia kan. Selalu alpa & lupa bila dikurniakan sesuatu yang indah. Sehingga lupe yang sebenarnya itu datang dariNya. Kalau riak sikit, bila-bila masa Allah boleh tarik balik kenikmatan tu...sekelip mata!

Jangan terlalu angkuh mendongak ke langit di saat anda masih bersenang-lenang. Sebab kita tak tahu bila masa kita akan tersungkur ke bumi. Masa tu.... siapa lagi yang mampu bantu anda. Ihsan dariNya jugak kan. Sebab tu la kene sentiasa bersyukur walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Bila kita senang, ucaplah Alhamdulillah tanda syukur padaNya. Semoga rezeki & kenikmatan anda lebih berlipat ganda. Bila ditimpa musibah jangan pulak merugut. Tu tandanya mempersalahkan Allah sebab dugaan yang menimpa.

Biaselah orang kita zaman sekarang. Bila dah susah baru nak hampar sejadah. Tika senang, sejadah dilipat ade & diletak dalam kotak. Bila nak guna baru terkial-kial cari kan... adehh!

p/s: sama-samalah kita jadi hambaNya yang bersyukur. amin

Nak ajar orang diri sendiri bengkok!

Hurm.... kalau nak tegur or ajar orang tu make sure diri sendiri betul ok. Jangan pulak, sendiri bengkok tapi nak ajar orang jadi lurus. Tu hanya setakat cakap kosong je la. Biasenya kalau kite nak tegur orang, kite sendiri sudah berada di landasannya.

Ni tak.. suruh orang jangan buat itu ini. Tapi dia???? Buatttttttttttt! So, ibarat ajar anak ketam berjalan. Memang takkan lurus lah sebab memang ketam tu jalan bengkang bengkok. haishh!

Manusia mane ade yang perfect 100%. Kita bukan Pencipta kalau nak kesempurnaan tu ada. Sebagai manusia, silap sikit-sikit tu biasalah. Robot pun ade error gak tau. Even manusia dah buat sehabis canggih. haaaa! So, janganlah mengharapkan sangat kesempurnaan pada orang lain ok. Cermin diri sendiri dulu.

Dah tahu lagi nak tanye kan?

Adehh... kalau korang ternampak kawan keluar dari lif, bawak beg segala bagai. Camne korang sape dia? Adekah...

"Eh, dah nak balik ke...?" <-- dah sah-sah la orang tu nk balik kan. lagi mau tanye.. hohoho!
"Eh awak.. bye.." <--- boleh diterima pakai sebab dia faham keadaan tu.

Haaaa.. korang faham tak ape yang aku cuba nak sampaikan ni. adehh! Yelah, selalunya dah jadi habit kan. Tanye soalan tak logik.

Contoh situasi kat kedai burger...
Penjual: "Dik, nak beli ape..?"
Pembeli: (sah-sah la aku nak beli berger. takkan nak beli basikal pulak. *monolog sendiri)

Haa.. biasenya camtu lah kan. Dah tahu bertanya pula, sudah gaharu cendana pula. hahaha! Camtulah diibaratkan... ngeee~

Ape kejadahnya pulak malware ni??!

Erkkkk.... kawan aku YM ni tetibe pagi tadi.

Before this ramai jugak yang gtau aku dia takleh nak masuk blog aku. Aku pun tak tahu ape masalah sebenarnya. Tetibe kawan aku paste tu... haishh! Tak paham plak aku nape leh jadi camtu. Korang sendiri pon dapat baca kan... ape yg kene aku buat ni??? erkkk! Buntu tetibe...

Camnilah orang-orang zaman sekarang

Assalamualaikum & morning..

Haish.. pagi tadi tengok satu kejadian sadis depan mata. Walaupun takde kecederaan menimpa, tapi sikap sesetengah orang sekarang yang buat aku bengang.

Tadi ade satu uncle tua ni naik motor, dia nak melintas ke seberang. Dari jauh aku tengok dia angkat tangan sebelah, menandakan dia mintak laluan nak melintas. Tapi takde sorang pun yang bagi laluan. Motor-motor lagi la pulak. Berdesup aje. Ade sebuah kereta berhenti, aku pun sama. Tapi malangnya, kereta kat belakang duk hon-hon pulak. Sakit hati aku. Rasa nak turun jerit je.

Then, uncle tu bergerak sikit ke depan. Tetibe ade motor tu datang rempuh camtu je. Terkena la sebelah tangan uncle tu, dah bergoyang-goyang uncle tu. Nasib baik tak jatuh. Hampeh betol punye orang. Tak fikir orang langsung. Kalau kene time dia camne?????????

p/s: orang kite sekarang ni terlalu selfish. Tak nak la hormat orang-orang tua. dah besar kepala semuanya!

Tuesday, July 27, 2010

If women control the world!







Pelik & Tak logik langsung!

Ok... penah dengar radio kan? Mustahil la tak pernah.. hehehe! Ok, bagi aku iklan dalam radio ni banyak yang tak logik & ade jugak yang pelik semacam. Memang kita tak dpt nak tengok dengan mata kasar macam iklan dalam TV. Tapi, pembuat iklan dalam radio ni sedaya upada nak bg pendengar faham maksud yang cuba disampaikan secara audio'lize'.

Contoh cam iklan dalam Sinar.FM. Yang pasal credit card HSBC islamic. Yang tak logiknya, perempuan tu panggil penjual sayur tu dengan panggilan pakcik, tapi suaranya gaya orang muda. Ok, mungkin yang tu tak berapa sangat kot. Tapi, maksud yang cuba disampaikan ialah boleh menggunakan credit card tu di mane-mane kedai runcit di merata tempat. Tapi buat situasi di pasar. Macam manalah pakcik penjual sayur nak bawak CC swipe machine? erkk... Lagipun kat kedai runcit sekarang pon takde laa mendalah tu berleluasa digunakan, unless kedai-kedai besar & butik.

Ok, contoh iklan pelik pulak. Bab-bab ubatan kuat ni. erkkk! "Alamak, patah lagi?!" Siap buat sound efect baik punye. Tau kan iklan ape tu.. aku lupe dah. Kalau budak-budak hingusan dengar mesti dia tanye apekah bunyi itu.. betul tak? adehh! Aku yang dengar pon naik malu lah. Kalau dengar sorang-sorang ok lagi, kalau ade orang tua ke ape kat sebelah, erkkkkk.

p/s: kekadang naik nyampaj dengar iklan kat radio...

Terpaku, tergamam, terkulat-kulat....

*klik untuk tumbesaran!

Aiyo.... kalau korang lah kan. Ape yang korang jawab kat message ni?? adehhh!
Aku mampu jawab kita words je...

"???"

Amour Security tak beretika?

Assalamualaikum & morning...

Adeh... semalam pegi Maybank area Batu caves. Time sampai je, ade security sedang collect duit dari Cash Deposit Machine. So, kitorang terpaksalah tunggu di luar. Kelihatan seorang guard bermisai lebat sambil memegang senapang patahnye itu.. hohoho! Ade lagi 3 orang bersama guard tu sedang kutip duit dari machine.

Haish... macam-macam ragam diorang ni sebenarnya. Sambil duk kutip duit tu sempat lagi menjeling ke arah luar. Kalau setakat pandang sekejap takpe jugak. Ni pandang sampai tak berkelip tu.. hahahah! Yang duk pegang senapang tu pon same naik rupenye. Ampeh betul... ni nak buat kerja ke tak ni..?? hahaha!

Korang tau ape jadi?? Siap jadi sweet talker lagi kat situ okay. Rupa-rupanya bile dah abis buat kerja, kerja lain pulak dia buat. adehh! Tadi masa collect duit bukan main serius muka. Bila jejak keluar dari bank terus tumbuh tanduk! hahahaha!

Kelakar pon ade jugak ragam dorang ni. Siap buat 'peace' lagi tu... lepas tu sengih-sengih. aiyooo! So, kesimpulannya, kalau dah namanya lelaki memang begitulah gayanya. hohoho! Perangai normal bila lelaki terpandang perempuan... walau siapa pun dia. ngeeee~

Memang tak nak mengalah!

Haish... camnilah perempuan. Kalau dah buat salah mesti susah nak mengaku. Lebih-lebih lagi dengan sesama perempuan. Nak tunjuk ego punya pasal. Taknak mengalah langsung. Samelah kalau duk di jalan raya. Konon-konon masing-masing nak tunjuk hebat kan.

Yang si pesalah ni memang buat muka hebat la kan. Yang sorang lagi ni mestilah nak ajar sikit si pesalah ni. Tapi, bile tengok si pesalah tunjuk lagak, panas hati la orang tu. Duk main racing pulak atas jalan. aiyooo! Tak lama hidup ke dorang neh???

Si pesalah ni langsung tak tunjuk muka bersalah walhal terang-terang dia yang salah. Lagi dia nak ajak orang racing. Kalau dengan laki, memang saja cari nahas pompuan ni. Gasak laa kene ganyam. Dia ingat dia hebat sangat la tu kan. adehh!

p/s: janganlah duk tunjuk lagak sangat dengan orang, silap-silap haribulan ade yang kene sekat ngn parang kat depan. haaaa!

Apa nombor pilihan anda?

Ni bukan nombor ekor ye. hehehe! Tapi yang aku maksudkan ialah nombor telefon bimbit korang tu haa. Mungkin ade yang cerewet dalam pemilihan nombor phone kan. Ade yang sanggup berhabisan duit untuk memiliki nombor idaman masing-masing.

Tapi sekarang banyak kot ade jual nombor phone lawa-lawa. Maksud aku nombor yang senang diingat, tak berselerak. Kalau nasib baik, memang dapat je nombor VIP yang murah-murah.

Tapi aku suke nombor sama banyak digit or banyak nombor zero. Cam contohla kan... 013-7777--, 012-666---, 017--05400. Tapi sesetengah orang tu, cari nombor birthday la, nombor kereta la, nombor keramat lah.. macam-macam lah... hehehe!

JELAJAH BLOG RAMADHAN '1431

JELAJAH BLOG RAMADHAN '1431

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua blogger & pembaca setia..
Kepada keluarga tercinta, semoga sejahtera sentiasa. Insan yang teristimewa, semoga berbahagia walau tiada berita darimu yang ku dapati. Kepada rakan-rakan, sahabat handai, teman & kenalan yang mengenali diri ini.


Untuk semua tetamu yang hadir, saya sajikan muffin ini sebagai buah tangan.


Sebagai cenderahati kepada semua, saya memilih shawl ni Ayu Cinta.

Thanks so much kepada yang sudi hadir... :)

Monday, July 26, 2010

Kata-kata adalah suatu doa

Betul ke.... mungkin ya mungkin jugak tak. Wallahualam. Tapi Dia Yang Maha Mengetahui segalanya. Kekadang, hati kita tak lepas dari berkata macam-macam. Ingat tu, Dia Maha Mendengar. Kekadang kita akan berprasangka buruk, kekadang kita berfikiran positif. Kenape eh...

Sebabnya, hati kita selalu bergolak. Banyak negatifnye daripada positif. Lebih-lebih lagi ade pulak syaiton yang bersarang. Lagilah berbolak-balik dibuatnya. Kalau boleh dia nak putar belitkan ape yang kita fikirkan. 

Sebab tu iman mesti teguh. Kalau tak, memang kita pun akan terheret sama. Yang penting kene ingat Dia Yang Maha Esa. Kene ingat Dia sentiasa melindungi kita walau di mana pun kita ada. Dan semestinya kita harus mentaati Dia. Barulah Dia menyayangi kita.

Berdoalah perkara yang baik-baik. Jangan sesekali ungkapkan perkara buruk. Bila kita memikirnya, seolah-olah ia akan terjadi di dalam hidup kita.... renung-renungkanlah.

Hiburkan hati sendiri

Assalamualaikum & morning...

Hoho.. last weekend aku ke Negeri Sembilan, menghabiskan sisa-sisa hidup yang bosan ni. Membawa hati yang luka lara. hahaha! Baru dapat aku rasakan suasana kampung, yelah.. kampung aku jauh sangat. Balik kampung orang pon jadilah ye. Dapat jugak la melepaskan rindu kat kampung kan.

Best gile dapat makan rambutan & durian. Nasib baiklah tak demam dek makan durian banyak. Dah la kurang minum air putih. adehh! 2 hari kat sane xpuas rasa. Pegi kebun durian, jengok-jengok durian yang jatuh. Tapi xleh nak main sungai, sebab ade buaya! hohoho! Sama takut dengan buaya daratan.. ahakss! 

Kalau ikutkan hati tak mau balik KL... kerja lagi. adehh! Nak balik petang semalam pon berat je hati rasa. huhuhu!

2 minggu lagi dah nak start puasa. Rindunya berpuasa kat kampung. Apekah daya.. kerja. Kalau ikut hati memang nak je cuti lelama balik kampung. *asyik ikut hati jelaa aku ni..! huhuhu

p/s: aku masih nak ambik mood untuk berlagak seperti biasa....... its too hard!

Friday, July 23, 2010

Aku dah tak percaya...

Pada orang yang menyakiti hati aku.. aku takkan berdendam tapi cukuplah sekali. Tak mungkin aku biarkan orang itu menyakiti hati aku lagi. Sakit memang sakit pada awalnya, tapi penghujung biarlah aku biarkan saja. 
Aku takkan doakan apa-apa yang buruk pada dirinya, cukup doakan orang itu menyedari apa yang telah dilakukan pada aku. Biarlah Tuhan saja yang membalasnya. Apelah daya aku hanya seorang manusia biasa. Tiada hak untuk menghukum sesama manusia.

Tapi ingatlah, setiap keburukan yang kita lakukan pada orang samada disedari or tanpa disedari.. Allah Maha Mengetahui. Mungkin terlepas sekarang, tapi hari mendatang tak siapa tahu.

p/s: peringatan untuk diri sendiri jugak....

Aku menang iPad & iPhone sekali gus?! Horayyyyy!

Assalamualaikum & salam ukhwah... Cewah.. ari jumaat sopan sikit. hohoho!


Haa... tengok ni. Sekali gus dapat ok. haishhh! Wah gitu kalau aku menang kan.. hohoho! 

Selalu aje jumpe si pentipu ini.. adehhh! Lepas click mesti kene jawab satu soklan. Memanglah senang je soklan tu. Then kene pulak bagi no phone kan.. Then, kene subscribe. Kene bayar lagi, RM4 pulak tu sekali subscribe, tu hidden charge tu tak kire lagi... haishhhh!

Pentipu.. pentipu.. ke dah ade sape2 yang memang?? ahahahahah! Tapi aku tak caye sangat pon. Saje buat gempak pagi-pagi.. ngeee~

Jangan bersedih dan berputus harapan lagi....

wahai teman2ku yg disayangi,

JANGAN MENGELUH..!
Kita selalu Bertanya????? dan Al-Quran sudah menjawabnya.....~


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami
telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak
diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada
Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


Oleh itu, rakan2ku jgn lah bersedih lg dan menyalahi sesama umat/takdir..
Sesungguhnya..setiap ujian/dugaan itu ada hikmah disebaliknye.
Bersyukur kita menjadi insan terpilih sbb Allah menyayangi kita lebih dgn memberi pelbagai ujian utk melihat sejauh mana kte hadapi+ mengingatinya~

Thursday, July 22, 2010

Peringatan kepada online shopper.. be aware!

Aiya... macam-macam cara sekarang orang nk menipu. Tak kiralah laki ke pompuan. Tapi, berani jugak ye kalau perempuan yang menipu dengan menunjukkan muka sendiri. Yelah, biasenya main ambik je guna gambar orang lain kan, nak elakkan diri dari dikesan.

Masa aku belek-belek GB tadi, ternampak la satu title ni "penipuan di FB:hati-hati dgn orang ni". 

Erk.. haru biru jadinya. Nasib baiklah aku ni bukan jenis yang suka shopping online. Bimbang takut jadi camtu lah. Biaselah, penipu ade kat mane-mane. Bukan kita tahu dia tipu ke tak. Tapi ramai aje yang jujur & elok buat online shopping ni. Mungkin ade sorang dua yang tertangkap.. macam kes di atas.

So, lepas ni beringat-ingatlah masa nak membeli tu ye. Make sure selidik dulu betul ke tak...


Perhatian: Tolonglah... aku merayu sangat2

Huh.. tetibe aku jadi geram pulak ngan orang yang banyak tinggalkan link sampah lam chatbox aku. Korang tengok la betol, kunun-kunun name berbeza, padahal orang yang same saje.. dia ingat aku tak reti tengok keeeee??? hurmmmm.... 

Ade banyak kali jugak mende ni jadi tapi malas nak bersuara.. tetibe arini aku angin pulak tengok. Kalau nk letak, 1 sudah cukup ok! Tak perlu nak letak banyak-banyak. Aku tak suke orang menipu utk kepentingan diri sendiri...



Last-last ini jugak yang aku akan buat. Delete! Abis cerita...... Aku tak kisah nak datang letak link ke ape, tapi behave la sikit. Hormat owner ok.. Thankss


Hormat sikit jiran tetangga

Assalamualaikum & morning..

Haish... pagi-pagi lagi aku dah tengok satu insiden kat area rumah aku. Turun tangga tu dah kedengaran suara orang menjerit-jerit. Tapi aku tak paham pulak bahasa yang terkeluar tu. adehh! Aku pandang kiri kana depan blakang, duk cari manelah datangnye bunyi kuat tu.

Tengok-tengok, ade 4 orang (bangsa minoriti) sedang bertekak. erkkkk! Ape kes pulak tu. Nampak macam satu famili & sorang lelaki. 2 orang perempuan (anak & mak) duk nangis-nangis, kesat-kesat mata. Yang lelaki pulak duk marah-marah kat laki sorang lagi. Sambil hulur-hulur jari depan muka lelaki tu.

Nampak la mak & anak tu cuba halang lelaki tu & cuba tenangkan suami dia. Orang lalu lalang nak p kerja kiri kanan dorang dah tak hirau dah. Bertelagah tak renti. haishh! Ngeri pulak aku tengok, macam marah benar rupenye. Nasib baik takde adegan pukul-pukul. aiyaaaaa!

Hormat la sikit jiran tetangga tu. Mane lah letaknya air muka dorang eh. Kot ye pon, duk la bincang elok-elok. Ni tak, suara tu satu blok leh dengar. Tak malu ke?? Yang mak ngan anak pulak asyik duk menangis... erkkkk! Tak tahu pasal ade dorang tu gaduh.. haishhh

Wednesday, July 21, 2010

Penantian berakhir!

Alhamdulillah.. happynye rasa sekarang ni. hehehe! I just received a good news from Pn Eza; Stanza Corp. Aku boleh join Program Integrasi untuk siri ke 3 kali ni di Kem yang sama, Kem Nilam Ehsan Bidor. 
Yelah, semalam pihak Stanza cakap kem tu dah penuh. Tetiba Pn Eza call tadi, ade penarikkan diri dari sorang penceramah baru. Thank God. Lepas dapat berita semalam, aku dah giveup dah.. hehehe! Yelah, bila lagi dapat berbakti untuk negara kan. hehe!
Dapat jumpe lagi dengan gang-gang lame. Hanya 2 orang aje penceramah baru. hehehe! Sonok-sonok... Kene pegi training on 7-8 August kat Regency Hotel KL.
Bidor...... wait for me! hhehehe

Perlukah tunggu lama-lama?

Haish... ape yang patut dilakukan oleh isteri jika suaminya tak pulang ke rumah sudah melebihi 2 bulan? Dan memang tak dapat dihubungi langsung sepanjang masa tu. Call tak berjawab, SMS tak direply... apekah semua tu?

Kenapalah lelaki suka memaksa wanita ye. adehh! *tak semua ye.. hehe! Yang peliknya perempuan tu dapat info dari kawan suaminya, maybe lelaki tu sedang ade perempuan lain. hurmmmm..... No wonder la kan. All of sudden menghilangkan diri tanpa boleh dikesan. Lebih terkejut lagi, bila dicari di pejabat, bosnya kata lelaki tu dah lama berhenti kerja. walaweiiiiih!

Ape jenis game ni?? Main hide n seek ke ni... adehhh! Tapi perempuan tu tak ambik tindakan langsung. Lepas dah 2 bulan baru nak meluahkan. So, before that pendam sorang-sorang jela eh?? adehh! Terseksanya jiwa raga....

Janganlah duk tunggu sampai 2 bulan baru nak bertindak. Kalau dah terlambat camne? haishhh!

Jika anda sedih / stress... lakukan ini

Erm.. sure ramai je yang jiwa kacau kan. Sesekali tu kite kene relaxkan mind kite. Jangan ikutkan kata hati, binasa nanti.

Perkara paling mujarahb..(1) Ambik wuduk & bersolatlah memohon ketenangan dariNya. Pada siapa lagi kita nak merintih kalau bukan Dia Yang Maha Mendengar. Jangan pulak meraung-raung tak tentu arah, ade jugak yang cuba buat mende2 bodoh. Tak berbaloi ok...! (2) Bacalah Quran agar jiwa jadi tenang. Jangan pulak baca tapi jiwa merewang ke lain.. adehhh!

(3) Carilah kawan yang boleh meluangkan masa bersama anda. Dapat menemani & menghiburkan hati. Lupekan sejenak ape masalah yang dialami. Gelaklah sekerap yang mungkin, tapi beringat sikit. Jangan gelak sampai melalaikan diri & lupa ingatan pulak.. hohoho! (4) Keluarlah bersama kawan-kawan menikmati keindahan alam or pegi picnic ke ape. Release your stress. Jangan tahan. Elakkan diri dari duduk bersendirian, takut anda makin tertekan.

(5)  Fikir untuk diri sendiri. Biasenya kalau kite sedih & stress ni, selalu menzalimi diri kan. Mencederakan diri lah, tak makan lah, kurung diri lah. haishh! Jangan buat camtu, orang sekeliling jugak yang risau nanti.. huhuhu!

KENANGAN RAMADHAN BERSAMA BEN ASHAARI: Tuhan lebih sayangkan dia...



Sempena dengan segmen baru yang diperkenalkan oleh Ben Ashaari ni, aku pon ade memori yang nak di share pada korang semua...


AL-FATIHAH...


Tanggal 13 September 2008 Ramadhan bersamaan 13 Ramadhan, datuk yg amat aku sayangi telah pergi mengadap Illahi.. aku xsgka sgt cepat btol masa berlalu..

Last aku jupe datuk aku 2 weeks afte mid term break. Mmg dia sakit b4 dis, tp da kuar hospital dah smggu lebih. Genap 38 ari arwah sakit. Aku balik dr kl around kul10 n sampai kt Felda Bukit Bading kul 3.15. Aku terus disamping arwah bile dah sampai.. Sayu betul aku tgk arwah time tu. Dah xmaya lagi. Tp time tu dia masih dpt cam aku..


Aku pegang tangan arwah n dia genggam erat tangan aku balik.. Hanya Tuhan yg tahu betapa sayunya hati aku time tu. Air mata aku mula mengalir di pipi.. Aku xdpt nk tahan sebak. Arwah seolah2 nak bermanja dgn anak2 n cucu2nya.. Aku sempat meluangkn masa bersama arwah 2jam di saat2 penghujung hidup dia. Tp aku tak expect yang kepulangan kitorang arini utk mengiringi pemergian dia. Sbb time tu dia stil ok, masih nk bermanja.. Aku belai tubuh arwah, aku suapkan dia air, aku urut2 lenguh bdnnya.. Bila kalimah Allah dibisikkan ke telingannya.. dia masih sedar n mendengar kalimah itu.. Aku xhenti2 berdoa agak Tuhan pjgkn lg umur dia..

Lebih kurang pukul 5.45, arwah ckp dia rase lutut dia sakit. So, aku tlg picitkan.. Arwah lg mengaduh kesakitan. Kitorg pk mgkin arwah ingin bermanja utk dibelai. Tp tetiba, arwah sesak nafas.. Mungkin time itulah sakaratulmaut.. Tuhan telah dtg menjemput arwah utk kembali ke sisiNya.. Kitorang seluruh keluarga duduk disekeliling arwah. Hanya selawat n doa yg meniti di bibir masing2.. Aku lak dah teresak2 menangis.

Aku tau time tu arwah dah pergi, tiada lagi hembusan nafas n dengupan jantung yang aku lihat. Apa lg, air mata ni terus gugur. Terdengar tangisan anak2, cucu2 dan cicit2 arwah yg berada si samping arwah saat2 terakhir.. Arwah menghembuskan nafas terakhir di samping kami semua.

Aku melihat wajah abahku mengitu sugul.. redha dgn pemergian ayah tercinta. Pandangannya dilemparkan jauh ke luar. Abah ade ckp pd aku, bykkan mengaji.. jgn sedih2. Dah lumrah org hidup akan mati gk. Abah aku kuat betul tp adik aku ade ckp, dia ade tgk abah nangis.. :( Kami redha dengan pemergian datuk. Wajah arwah begitu tenang.

Selepas itu, kami sibuk mbuat persiapan utk memandikan dan mengafankan jenazah. Seluruh pihak keluarga bersetuju utk mbawa pulang arwah ke besut utk dikebumikan di sana. Aku sempat melihat arwah dimandikan dan dikafankan. Arwah disembahyangkn di rumah ibu saudaraku di Felda Bukit Bading, Ajil diimamkn oleh abahku dan disembahyangkan sekali lagi di masjid Felda Bukit Bading. Jenazah dibawa pulang ke besut lebih kurang jam 10 mlm menaiki van jenazah.

Jenazah sekali lagi disembahyang di Masjid Kg Tembila.. berdekatan dgn rumah aku. Lebih kurang jam 12tgh mlm, jenazah dikebumikan berdekatan arwah nenekku, iaitu isteri arwah di tanah perkuburan yg terletak di hadapan rumah aku. Selepas bacaan talkin n doa, aku sempat menyiram air ke atas pusara arwah.. Semoga arwah datuk disemadikan bersama org2 mukmin yg beriman dan rohnya dicucuri rahmat.. AMIN

p/s for all my beloved frens, thnx 4 ur condolence.. ~THE END~

Handset boleh menyusahkan orang lain

Assalamualaikum & morning...

Haish.. dah berulang kali orang duk cakap. Masa driving jangan duk main-main SMS ke ape. Kalau nak call pakai 'tangan bebas' ok. Kalau takde polis takpe lah. Kalau ade naya je kan dapat saman free.

Memang menyusahkan orang betul manusia gini. Macam dia sorang ade henset. Kalau dia sorang atas jalan raya tu takpe jugak. Bile dah duk main-main henset tu, signal ke lain tapi beloknye ke lain. Tak ke sakit hati orang yang membontoti kat belakang??? haishhh..

Dia ingat dia sorang kot nak bergerak. Duduk pulak tengah-tengah lane putih. Tak tahu nak ke kanan ke kiri. Orang lain pulak yang kene elak dari dia. haishhhh! Stress betul la dengan sikap pemandu atas jalan raya sekarang ni...

Dapat lesen terbang ke ape ntah dulu.................! Pagi-pagi dah kasi aku pot pet pot pet...

Tuesday, July 20, 2010

Perempuan & Cermin

Memang tak boleh dipisahkan. Ke mana-mana pergi mesti bawak cermin punya. Even sebesar telapak tangan pon sure ade dalam handbag kan.. hehehe! Yelah, bile dah penat berjalan, nak tengok makeup dah cair ke belom. Then, mau calit2 lipstik sikit, bedak plus blusher. adehh!

Kalau masuk toilet mesti menuju ke arah cermin dulu. Haaa.. kalau tak caye, tanye diri sendiri. hohoho! Lepas makan pon mesti kene tengok cermin jugak. Kot-kot comot ke mulut. Tapi kalau tak tengok, kang tetibe sengih ade lada bertempek kat gigi! aiyoooooooo.. ape kes? Tak ke malu tu... hehehehe! Ade kegunaan jugak cermin ni kalau di bawak ke mane-mane... ngeee~

Tapi aku spesis pelik.. Tak suke tengok cermin. Kalau nak tengok mesti kene tengok dari jauh. Tak leh dekat-dekat. Ntah la nape..... cermin pon takde dalam beg. Apetah lagi makeup2 yang lain. Kalau setakat kuar hangout tu, aku xde plak bawak ape2 lipstik ke bedak. Kalau cair, cairlah... hohoho!

Tapi, besenye ramai yg menjaga penampilan kan. Aku ni biase-biase aje. Tak sempat nak jadi menawan sangat. adehh! Lain orang lain ragam kan.. hehehe!

Bergurau biar ada batas

Nak bergurau boleh tapi biar kene pade tempatnye. Bergurau bukan untuk memerli orang okay. Bukan jugak untuk membuat orang panas hati dengan cara kita bercakap. Bila nak mengeluarkan kata-kata tu kene pikir dulu. Jangan men hentam keromo je.. *wah terkeluar ayat baku! hahaha

Bukan ape, bak kate orang, kerana mulut badan binasa. Sebab mulut la boleh gaduh, putus kawan. Niat nak gurau-gurau manje konon... tapi ke laut lencongnya. Lagi-lagi orang mulut laser. Mak aih... sekali bercakap, berapi rase. Tak berlapik langsung dah. At least lapiklah gune sapu tangan ke, tak pun nak kebal sikit gune tikar 2-3 lapis. ishhhhh!

Takde nak fikir perasaan orang lain bila bercakap. Kalau terkena atas muka dia gamaknye camne eh. Mesti melenting tak hengat punye. haishhh!

Dugaan mendatang tanpa diundang...

Hurm... berpuasa bererti menahan diri dari makan & minum, menahan nafsu, perasaan amarah & sebarang perasaan yang seangkatan dengannya. Kekadang, ketika berpuasalah dugaan akan datang bertimpa-timpa.Tak kira lah ape dugaan sekalipun, hadapilah dengan senyuman.

Tapi, bukan time puasa je kene tahan amarah tu, bile-bile masa pun kene laaa. Tapi kebiasaannya dugaan ketika berpuasa ni lebih berat rasanya. Yelah, dugaan berpuasa lagi, tup tup datang pulak dugaan lain. Kalau nak maki dalam hati kang, kurang pulak pahala puasa. Nak menangis??? haishh... tak berbaloi lah weii!

Kalau kuar airmata pun, mende tu takkan pusing balik. kan..kan.. hehehe! Sebab tu kite perlukan teman di sisi, moga-moga kita dpt lupakan sejenak ape yang bersarang di fikiran kite tu... then cari jalan penyelesaian. Its the best way!

p/s: bila ditimpa dugaan, istighfar banyak-banyak...

Isteri berubah hati kerana....

Semua ni gara-gara FB! haishhh! Tak habis-habis isu FB. Sekarang ni angkara FB, ramai orang pecah-belah. Hubungan suami isteri pon boleh jadi kacau bilau oo... ape tah lagi yang takde ikatan ape-ape ni. Kalau orang salah guna memang banyak kesan negatif  dari positif.

Tadi ade sorang suami meluahkan rasa kekecewaannya terhadap isterinya yang dah 13 tahun bersama. Kerana FB, dia & isterinya bergaduh. Salahnya di pihak isteri... siap letak gambar seksi & mintak orang lain komen. Malu pulak si suami tengok komen-komen orang lain kt gambar isterinya. MasyaAllah.....

Tapi si suami masih sudi berbuat baik dengan isterinya walaupun isterinya buat dia camtu. Sedikit pun tak melenting. Siap hantar pegi kerja lagi.. then tak lupa say 'I LOVE U SO MUCH' tapi si isteri langsung tak peduli.. haishhh! Ape nak jadi la dengan dunia sekarang....

Sedih & sayu je hati si suami dengan sikap isterinya yang sebegitu... pasrah gile... adehh!

p/s: sekarang ni, kalau suami/isteri duk asyik mengadap laptop tu kene siasat betul-betul ape yg dorang buat....

Tak suke baik diam aje! Jangan tengok!

Assalamualaikum & morning...

Huh... pagi tadi aku dengar Hot.Fm, topic 'Status di FB'. Lepas tu ade sorang caller ni, pompuan. Lupe pulak name dia. Menyampah betul dengan komen dia... haishh!

Kata dia.. dia rase tak patut pun post status macam-macam kat FB. Memang dia sangkal keras laa... Sebabnye, dia tu update status setahun skali... sengal alam tol!

Macam yang kite tengok skrg ni kan. Macam-macam status diupdate oleh pengguna FB. Bagi aku, terpulang la pada pemilik account tu sendiri nak post status ape pun. Hak dia. Kalau tersalah post pon, dia yang bertanggungjawab. Takde kaitan ngan orang lain pun.

Ok, maksud aku cengginih. That girl cakap dia rase menyampah tengok orang update status pasal makan, ape2 aktiviti yang dorang buat & lain-lain lagi laa... haishhh! Mende-mende camtu bukannye nak menunjuk ke ape, tapi sekadar berkongsi info dengan kengkawan. 

Tetibe aku rase geram gile ngan minah tu. Rase nak menjerit je kat telinga dia..... "Kalau ko tak sukeeeeeeeee..... jangan tengok la weiiiiii!!!!"

Ade jugak orang perangai pelik camtu. Ntah-ntah dia yang dengki tengok orang duk post macam-macam. haishhh! Speechless aku dengan orang cengginih.......

Monday, July 19, 2010

Memberi tanpa minta di balas...

Buat sesuatu tu biarlah ikhlas. Barulah berkat ape yang kita perolehi. Ni tak, setelah memberi minta dibalas. At least, cukuplah ucapan terima kasih yang diterima. Sudah cukup memadai. Tak perlu minta dibalas setimpal or lebih dari tu.

Kalau dah mintak balasan, same lah macam tak ikhlas. Ape kes gituh. Baik tak yah memberi kalau tak ikhlas gituuuu. Cukuplah sekadar niat ape yang kite beri, kita akan dapat lebih dari tu. Barulah berkat.. Allah pun pasti sayangkan orang-orang camni.

Bila kita harapkan sesuatu dari orang, bile kite tak dapat, kita akan jadi macam sorang yang pendendam pulak. 

p/s: Minta dijauhkan dari ade sifat sebegini dalam diri....

Tak puas dengan apa yang ada

Dah namanya manusia, memang tak puas dengan apa yang ada. Tamak! Bak pepatah melayu, "Orang tamak selalu rugi, bagai anjing dengan bayang-bayang".. cewahhh!

Lelaki.... tak cukup sorang, mesti nak cari lari. *asyik lelaki je kene arini.. hohoho! Memang betul pon. Dah ada yang elok kat depan mata tak reti nak hargai. Macam-macam kekurangan dia komplen. Macamlah dia perfect sangat kan.

Pasal pakaian pun dia boleh usik??? aduhai! Perempuan tu punyalah pakai menutup aurat & tak menjolok mata, dia cakap tak kene pulak. Macam makcik konon. Abis tu??? Nak suruh pakai camne?? Biar terdedah sane sini?? Nak camtukah?????? haishhhh!

Stress aku dengan orang camni. Kalau nak bukak sane sini, biarlah kawin dulu. Tunjuk dengan hang sorang je. Takkan nak tunjuk kat semua orang.. haishh! Tak paham aku.. konon-konon yang pakai tutup ni semuanya kolot. Tak stylish... adehh! Tak paham dengan orang berfikiran kolottttt!

Berpura-pura demi cinta!

Demi cinta, orang sanggup lakukan apa saja. Sanggup berkorban harta benda & nyawa. Lautan api direnangi & diredahi. haishhh!

Begitulah diibaratkan kisah cinta ni kan. Tapi bagi kaum lelaki yang mengejar cinta seorang perempuan, mereka sanggup menipu asalkan dapat menakluki hati perempuan tu.

Yang dah beranak pinak sanggup mengaku bujang. Padahal anak bini di rumah masih ada. Takde fikirankah orang sebegini? Ape dia sanggup mengaku bujang sedangkan ape yang dilafazkan di depan tok kadi? Kesian anak & bini di rumah. haishhh!

Tapi, akhirnya terbongkar jugak. Tapi, dorang ni susah nak paham bahasa. Bila orang dah tak nak tu, boleh blah laaaaaaa...... tak yah duk menagih kasih orang lagi. Sedangkan kasih dia tu sepatutnya diberikan untuk anak & isteri di rumah.

Tapi masih ade isteri yang sudi menerima lagi kehadiran lelaki begini & sanggup memaafkan sikap & perangai suami yang hidung belang!

Jejak kasih pertama

Assalamualaikum & morning...

Huh... sepanjang 3 hari tak blogging, bersawang pulak nampak blog aku. huhuhu! Last weekend hari yang paling happy. hohoho! Bukan dapat durian runtuh ke ape, bukan jugak dapat kekasih baru.. hahaha!

Tapi dapat jumpe kawan-kawan lame masa study dulu.. Lepas sorang-sorang dapat jumpe. Last-last dapat jumpa reramai. Havoc gileeeee! Best sangat kot rase...

Makan-makan sesama... borak-borak bagai nak rak. Macam-macam topik kuar. Maklumlah.. dah lame kot tak jumpe.. Seharian kami bersama. Ambik-ambik gambar sesama.. Banyak laa aktiviti bersama.. hehehe!

Rindu mau ketemuk lagi.... huhuhuhu!



Related Posts with Thumbnails